Phewhh (perkataan kegemaran anak dara hamba sekarang ini)… Hari ini terasa lega kerana:
1. Berjaya membalas komen-komen kalian
2. Berjaya meninggalkan komen di blog – blog kalian
Sudah lama saya gagal berbuat sedemikian. Hari ni saya terasa seperti ada waktu senggang. Bila tengok jam macam masa tak berjalan (kalau macam ni, memang tandanya seseoran itu tak ada kerja). :P
Pelan untuk melibatkan Sophia dalam baking class masih begitu (kalau kelas tidak dibatalkan). Itu Pelan A lah kiranya.
Pelan B – menonton wayang (semestinya di kawasan yang agak terperuk kerana anak daro agak buas *rrrrrrrr*). Tajuk filem pilihan ialah The Princess and The Frog, tak pun…. Planet 51 (tukar lagi????).
Pelan C – duduk rumah sambil mebuat projek ibu-anak secara tersendiri. Beberapa hari lepas saya ada membuat projek Fried Ice Cream Substitute. Anak I kan tak boleh makan benda-benda sejuk (semput kata…), jadi saya gantilah inti roti giling tu dengan strawberry jam. Lepas tu goreng. Voila!
Oh ya, rolling set saya beli dari Ikea (yang mainan budak-budak tu).