Tuesday, February 9, 2010

I Did It!

*Sila baca tajuk dalam nada lagu 'Dora the Explorer'*.

Yes people, I managed to prepare beef soup for dinner (tapi yang empunya diri ni tak tau la makan ke tak sup tu).

Satu pencapaian yang memberangsangkan untuk seorang (seperti) 'saya'. Hahaha...

Oh sebentar tadi saya mendapat panggilan daripada suami - tapi yang bercakapnya anak saya. Perbualan adalah seperti berikut:

Sophia: Mama, dah sampai rumah ke belum?
Mama: Dah

Sophia: Kenapa tak ambik Sophia dekat school?
Mama: Mama nak masak beef soup untuk Sophia

Sophia: Ala, masak la beef soup lambat sikit, ambik lah Sophia dekat school.
Mama: Ala, takpelah... Abah kan dah ambik Sophia

Sophia: Okaylah Mama, see you soon.
Mama: Err, okay, bye. Love you!


Ending yang agak entah-apa-apa bukan? Ngee... Takdelah, sebenarnya saya nak cakap yang saya agak terkejut bila secara tiba-tiba Sophia nak end the conversation. Terkedu kejap tadi. :P