Tuesday, February 9, 2010

Melepek Sepanjang Zaman Hari

Apa lagi yang nak dihuraikan, the title says it all.

Memang hari ini saya terlepek sahaja like seriously. Tak buat apa-apa kecuali baring memandang siling rumah, tengok Phineas & Ferb (I like! I like Disney Channel. I also like Oggy and the Cockroaches :P), tengok Geng Bas Sekolah - sumpah macam haram GBS yang baru ni, paling tak tahan tengok muka gangster jongos (lebih baik tengok Halimah Jongang).

Oh speaking about Halimah Jongang, saya tidak berapa setuju bila seorang yang jongang digambarkan seperti Halimah tu. Kenapa, ingat takde ke orang jongang yang berpakaian elok-elok, presentable bagai? Kenapa nak portray orang jongang dengan personaliti yang bodoh-bodoh alang, ikat rambut 2, mekap tah apa-apa? Dah nampak rupa orang terencat dah Halimah Jongang tu.

Okaylah, cukup pasal HJ.

Objektif saya berehat di rumah hari ini ialah untuk apa lagi? Merehatkan dirilah... (tidak lupa juga sambil makan ubat-ubatan) tapi makan untuk isi perut tidak lagi dari pagi tadi. Apa nak jadi noks...?

Selain merehatkan diri, saya juga berazam (azam okay,.... sebab saya rasa sangat sukar untuk mencapai azam saya hari ini) untuk memasak Sup Daging. Tengah defrost daging tu ha, tinggal nak tengok sayur apa yang ada dalam fridge (satu lagi cabaran buat saya - tak tahu kenapa). Kalau tak ada apa-apa, terpaksalah saya gagahkan jua ke Pasaraya Mariam (ke Pasarmini?) untuk mendapatkan Celery dan Kentang. Oh ya, seingat saya saya minta daging batang pinang masa kat pasar, tapi bila tengok tadi apasal besar macam daging batang balak? (Saya harus tau jenis daging untuk mengagak nak rebus berapa lama).

Dah lama benar saya tak masak y'all... Paling hebat pun, rebus Angel Hair, panaskan kuah Prego, hidang! *geleng kepala sendiri*.



p/s: Mungkin tajuk yang sesuai adalah "Merepek Sepanjang Hari" :p