Thursday, February 25, 2010

Lagi Sebab Kenapa Saya Mengunci Blog

Mood saya sejak akhir-akhir ni memang tunggang terbalik. Saya mudah bertukar menjadi seperti singa lapar bila ada benda yang mengganggu fikiran/perasaan saya. Atau,... perkara-perkara yang lazimnya tidak meninggalkan kesan walau setitik pada saya dengan mudah membuatkan saya melenting. Saya memang saikotik.

Antara sebab (yang mungkin juga tiada kaitan dengan) kenapa saya mengunci blog saya ini ialah:

1. Tidak ada idea yang mencurah-curah yang mahu saya kongsi sebanyak 3 kali sehari

2. Sibuk, sibuk, dan sibuk. Terlalu banyak benda lain yang lebih memerlukan perhatian saya

3. Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan otak saya untuk berfikir dengan lebih jauh. (Ya Allah, alasannnnnnnn)

4. Sedang berusaha untuk membetulkan landasan berblogging saya.

Jadi terimalah seadanya apa yang ada di sini. Nanti aku edit balik list of readers kang...