Wednesday, February 24, 2010

Kukunci Blogmu Di Dalam Hatiku

Tapi adakah kau kunci blogku di dalam hatimu?

Well, I don't want to know and I don't need to know. What I know is kukunci blogku sedalam-dalamnya. Hahaha.

Ngok ngek.

Sebenarnya, saya tak kisah pun kalau ada orang sesat yang termasuk dan terbaca blog saya ni sebab bukan ada apa-apa yang too personal pun. Cuma yang saya kisah ialah... kalau orang yang sesat itu merupakan seseorang yang jenis cepat membuat tanggapan dan juga suka mengambil kesempatan.

Dan saya agak terkilan juga kalau seseorang yang membaca blog saya ini terus menyebarkan apa maklumat yang saya tulis dan menganggap fakta di blog ini adalah 100% benar.

Hanya orang kawan yang mengenali saya secara peribadi yang betul-betul faham apa maksud-maksud yang saya cuba gambarkan dalam sesuatu entry.

Hanya kawan yang mengenali saya secara peribadi yang boleh membayangkan secara tepat apa perasaan saya ketika saya menulis sesuatu entry (itu pun setelah saya beritahu kerana selalunya saya akan bercakap mengenainya sebelum saya menulis tentangnya).

Saya menulis blog bukan untuk orang (awam) lain membuat splekulasi atau tanggapan kerana saya sendiri tidak suka berbuat sedemikian.

Blog, FB, Twitter mahupun Buzz tidak boleh menggambarkan diri saya yang sebenar. Dan saya memang tidak mahu menggambarkan diri saya yang sebenar menerusi aplikasi-aplikasi internet sedemikian.

Saya bagi contoh mudah; boleh anda nampak/tahu apa yang sedang saya lakukan semasa saya menulis entry ini? Mungkin saya sedang garu hidung, atau sedang menahan kencing, atau sedang menjeling,... atau apa-apa saja perbuatan lain yang tidak terhad setakat ini.

Dunia ini hanya sementara. Dunia 'social-networking' (for some reason, blog can be categorized as some kind of social-networking) ini hanyalah hiburan (buat saya).