Wednesday, March 17, 2010

Belajar Apa?

Sekarang, barulah saya tahu kenapa masa kecik2 dulu ayah saya selalu bertanyakan soalan "Belajar apa kat sekolah hari ni?"

Kerana saya juga setiap hari (without fail) bertanyakan soalan yang sama kepada Sophia.

Kenapa saya tanya? Kerana saya mahu lihat perasaan/reaksi anak saya bila dia teringat akan sekolahnya.

Setakat ini, tak adalah pula nampak dia menunjukkan aksi kemurungan bila teringat pasal sekolah. Cuma kadang-kadang tu ada juga dia cerita perihal kawan-kawan dia yang 'naughty' - gigit dia, ambil makanan dia, cucuk dia dengan pensel. Geram tak dengar?

Waduh-waduh... Kalau nak ikutkan perasan protective saya ni, nak aje saya 'sekolah'kan budak-budak 'naughty' tu. Tapi saya mahu anak saya belajar mempertahankan diri/hak dia. Saya cuma nasihatkan dia, jangan kawan dengan orang macam tu, jangan duduk dekat dengan diorang, kawan dengan 'budak skema baik' saja. Saya nak dia handle sendiri bila berhadapan dengan kawan-kawan sebegini.

Semoga Sophia boleh menimbang mana baik, mana buruk.


- Posted using BlogPress from my iPhone