Friday, March 19, 2010

Kesian Sophia

Semalam, Sophia mahukan buih sabun. Dia tunjuk-tunjuklah kedai yang dia menurutnya ada jual buih sabun tu.

"Mama, nanti pergi kedai atas tu, nak beli bubble yang tiup-tiup tu"

Dalam hati saya berkata (dengan mulut yang sibuk mengunyah), Kedai apa saja la nak...

Dia ulang lagi ayat permintaan dia tadi.

Suami pun, tengokkan lah kedai apa. Rupanya Toys R Us...

Okay lah... granted, nanti lepas makan kita pergi kedai tu. (Dalam hati dah pasang niat nak belikan 1 botol sahaja sebab duit tak berapa nak ada dalam wallet :P)

Sampai kedai, kami pun menujulah ke arah botol-botol buih sabun itu. Kalau nak ikutkan saya, nak aja saya belikan yang ada pistol tu - takde lah messy sangat nak main nanti. Tapi anak perempuan mahukan yang conventional type jugak... maka ambillah satu botol (perisa Bubblegum).

Bila Sophia sudah ambil, saya pun acah dia, "Ha, pergilah bayar. Bawak duit tak?"

"Ala, Sophia takde duit, bagilah duit Mama"

Bertuah!

Masa saya nak bayar, cashier tu dok terbelek-belek botol tu, nak carik bar code (ke apa tah).

Last-last boleh pulak Mamat bertuah ni cakap, "Kak, boleh ambik yang lain tak? Yang ni tak boleh scan"

Tak tahu kenapa saya begitu menyirap bila dia berkata begitu. Saya pun terus membalas, "Boleh tak tolong ambikkan? Saya tak larat"

MB membalas, "Ala, kat belakang tu je kak..."

"Okaylah"

Saya pun memulangkan semual botol tersebut ke rak dan berkata kepada Sophia, "Uncle tu kata tak boleh beli yang ni, dia tak jual"

"Kenapa....?"

(Sebab Mama emo) :P

"Nanti kita pergi beli kat KLCC, okay?"

Kami pun terus melangkah keluar dari kedai. Kesian anakku. Kesiannnnn...