Saturday, March 20, 2010

Kini Baru Saya Dapat Merasakan Nikmat Membuat Facial

Ya Allah, sungguh laaa... rasa macam baru try produk baru, padahal produk sama juga yang saya gunakan.

Semuanya bermula petang semalam semasa di pejabat apabila saya 'memberanikan' diri untuk menghias muka.

Bila dah pakai mekap, haruslah kena cuci, kan? Cuma semalam terasa seperti mahu membuat facial-bilik-air yang lengkap - siap pakai mask (masque???) bagai. Terasa suci muka ini!!!!

Pagi tadi, ketika melihat muka-bangun-tidur di cermin, muka ini kelihatan... kelihatan err seperti baru lepas disuntik collagen!

I heart Jurlique's Herbal Recovery Gel!!!

And don't forget to catch up with my Twitter updates!