Thursday, March 25, 2010

Honestly...

Bila saya renung dalam-dalam entry KNV yang bertajuk "honestly.." tu, saya rasa sebak dan hampir bergenang ayaq mata.

Saya terfikir tentang anak saya sendiri. Berjayakah dia nanti dibentuk menjadi seorang yang sihat mental dan fizikal?

Bila memikirkan yang perjalanan hidupnya yang masih jauh, saya tiba-tiba berasa sebak/risau/bimbang. Bimbang sekiranya saya sendiri yang terbabas dari landasan yang mana boleh memberi impak yang besar kepadanya - rujuk entry MIO yang mengisahkan tentang kekolotan (sebenarnya bukan kolot pun, tapi lebih kepada naïf).

Apa yang saya dapat dari entry MIO itu ialah bagaimana kuatnya pengaruh ibu bapa dalam pembentukan sahsiah (Apa itu sahsiah? Mak suka sukey je guna ni. Hehe) anak-anak.

Untuk saya, kalau boleh saya tidak mahu menghadkan anak saya.

Kalau boleh saya tidak mahu mengatakan "jangan" kepada anak saya. Kalau boleh...

Kalau boleh saya tidak mahu menerapkan benda-benda yang remeh seperti... err, seperti... (kalau nak bagi contoh je mesti hang) sebenarnya ada contoh, tapi takut jadi isu sensitif pulak biarlah rahsia... :p

Sampai sini sahaja coretan emo tergantung saya kali ini (letih menaip guna iPhone ni weihhhhhhh). Salam mesra.... :p


- Posted using BlogPress from my iPhone. Do check out my Tweets! ;)