Wednesday, April 28, 2010

Hari Tu Dah Tweet, Hari Ni Nak Bagitau Lagi

Saya baruuuuuuuuuuuuuuuuuu je belikan ubat untuk anak saya. B.A.R.U.

Ubat apa? Tengok gambar kat bawah ni 
 serba_duduk

Set lengkap serba duduk. Haaaa…

Pakai tak sampai 2 hari, DAH LESAP kat sekolah. Yang peliknya, head band masam dia sebelum ni (yang ada orang tegur, “Dia memang suka pakai head band ni, ya? Sebab selalu nampak dia pakai yang sama”) lama pulak bertahan hakmiliknya. In fact, memang bertahan sampai patah!

The second head band, hilang masa lawatan ke suatu tempat yang menempatkan banyak binatang (rombongan sekolah, noks…). Head band yang itu memang saya harap hilang pun :P sebab, ada dawai yang buat bentuk rama-rama (yang kali terakhir saya lihat seperti bentuk gumpalan kertas) kat atas head band tu, yang agak berbahaya (agak).

Suatu hari pada hujung minggu nan lepas, saya berjalan berdua-duaan dengan anak perempuan saya ini. Sampai satu ketika, anak saya sudah restless – dok cari ayahandanya yang sedang sibuk berurusan hal hidup-dan-mati di tempat lain. Maka (dengan rasa berat hati dan kaki) saya pun pergilah cari penawar untuk penyakit restlessnya itu.

Dengan duit yang begitu ciput (selepas tawar-menawar, dapat kurang RM 1 sahaja – itupun sebab saya sudah malas nak berdiri lama di ruang yang sempit itu), dapat juga saya beli set lengkap serba duduk tu…

Anak saya sungguh gumbira. Maknya juga turut gumbira kerana anaknya sudah ada set perhiasan diri lengkap (subang je takdak).

Tapi tiba-tiba esoknya, setelah pulang dari sekolah anak saya mengadu, “Mama, head band dah hilang…”.

Kawe pung tarik nafas panjang-panjang, “Ha tu lah, Mama kata jangan bawak head band pergi school”.

“Tapi Mama cakap boleh…”

Errr… memang saya cakap boleh pun. Tapi saya bagi dia pakai head band je pergi sekolah, yang lain-lain TAK BOLEH!. Kalau tak pakai head band, mengerbang rambut anakku itu. Ngeee :P.

Persoalannya Pertuduhannya sekarang, takkan budak-budak kecik sudah panjang tangan???? (Ke cikgu?……) Hahahaha (I memang suka buat tuduhan melulu sebab I tengah panas hati masa menulis entry ini :P)

Panas hati mak ni, nyah. PANAS!!! Yang membuatkan hati saya panas berapi gunung meletup tu sebab saya beli dengan keadaan duit seciput – terasa amat berharga pembelian tersebut (baru sekarang ko nak kenal duit, Bedah?). Tau-tau DAH HILANG!!! Adoiiii… dah rasa macam kehilangan handbag/laptop/iPhone kaedahnya…

Apa-apa pun, tunggu je lah lama mana saya boleh bertahan dengan rengekan puaka anak saya yang meminta dibelikan head band yang baru.

Sekian amukan puaka-tak-seberapa saya.