A) Sebab saya mahu menulis entry ‘sensasi’ – mengumpat sana-sini, berlagak tak bertempat :P
B) Sebab ada orang telah membuat ‘onar’
C) Sebab saya tidak mahu seseorang/sekumpulan orang membaca blog saya ini
D) Semua yang di atas
E) Tiada jawapan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jawapan ketara ialah…
E) Tiada jawapan.
Bukan saya yang tiada jawapan atas tindak-tanduk sendiri (saya SELALUNYA tahu apa yang saya buat – cuma kadang-kadang buat-buat bodoh aje supaya orang lain boleh tunjuk/terasa pandai :P), tapi tiada jawapan yang tepat dengan alasan saya yang tersenarai dari A ke D.
Kenapa saya men'swasta’kan blog saya sebelum ini? Kerana saya rasa saya SANGAT MERAPU (and too revealing). Tak larat nak tengok entry sendiri. Tak dayo, tak kuasa.
Ya, itulah alasan sebenar saya (yang saya nampak setelah lama bertapa dalam diam :P).
Jadi sekarang, kenapa saya sudah tidak men'swasta’kan blog saya lagi? Jawapannya pastilah anti-alasanyangdiberikandiatas. Hahaha.. I’m a 1-or-0 person like that. Tihihi…
Tu dia… (kan masih merapu lagi di situ).
Kita lihat bila lagi nak kena (privatized)! Muahahahahaha…