Thursday, April 15, 2010

Hidup Bergantung Dengan Orang Lain

Awwww... Tajuk tak hengat...

Saya tak dapat membayangkan kalau saya menjadi SAHM. Sebenarnya yang saya tak dapat bayangkan ialah,.. situasi di mana saya harus bergantung kepada orang lain (kes di sini ialah suami) untuk BERBELANJA.

Apa yang nak disusahkan, bukan? Dah orang nak tanggung berak cangkung tu, dah cukup baik.

Adusss…

Selama ini saya mendapatkan apa yang saya mahukan (nafsu serakah sungguh kuat – tp bulu tangan takde la lebat :P) tanpa meminta ihsan orang lain. Aku nak itu, aku beli sendiri. Kalau orang lain menanggung??? Alamat tak merasa le nak pakai BMW 3 Series, or Chanel. :P

Sejak sebelum berkahwin lagi memang nafsu (terhadap material) saya ini tinggi walaupun bergantung hidup dengan orang tua – tapi sokmo dapatlah (selalunya tak payah mintak pun dapat :P). Bersyukur. Ngeeee…

Mungkin saya dah terbiasa dilayan sebegitu.Ya, mungkin. Entah-entah, anak saya pun telah digarapkan dengan budaya seperti itu secara tidak langsung.

Sebenarnya apa yang saya geruni, takuti dan cuba elaki (suka sukey cipta perkataan :P) ialah bila orang sudah menanggung kita, mesti harapan orang tersebut terhadap kita adalah setinggi langit. Huahuahua… Eden tak mampu…

Lagi satu, nak mengadap anak 24 jam (idok le 24 jam, dah dia ke sekolah), ish ish ish… tak dapat kubayangkan lagi tu. Alangkan mengadap anak sepanjang Sabtu Ahad pun haku dah stress, inikan pulak 24-7. (CY, ko kena cerita butir-butir ko menangani kerenah anak-anak ko :P)

Nak bayangkan ke nak tunggu dan tempuhi sahaja? Belum cuba, belum tahu... Nak cuba, tapi tak kondifen pulak. :P


Don't forget to catch up with my Twitter updates!