Wednesday, April 14, 2010

Didatangi Objek Misteri

Pada suatu petang yang sunyi (kebanyakan rakan tiada di pejabat), datang seorang 'budak pejabat' ke tempat saya lalu meletakkan sebuah objek misteri....



Sungguh misteri kerana saya ternampak sesuatu yang kelihatan seperi burung...



Melihat akan objek 'burung' tersebut mengingatkan saya akan hobi (yang dibuat-buat) semasa saya kecil dahulu.

Ya, tak lain tak bukan hobi mengumpul stem bergambar kelapa sawit. Setiap Sabtu (dulu kan kerja hari Sabtu) kami adik-beradik pasti dengan tidak sabar berdebar-debar menunggu kepulangan Daddy Cool (DC) kami. Kebiasaannya DC pasti akan membawa pulang banyak sampul surat kosong dengan stem yang beraneka gambar, jenis, bentuk dan nilai (mungkin dulu-dulu aktiviti 5S dilakukan pada hari Sabtu).

Anyways, itu kisah bagaimana kami mendapat stem selain stem 'kelapa sawit'. (Nak dapat stem Queen of England, hmmm...)

Eh, eh, berbalik semula kita ke gambar 'burung' tadi. Kutelek-telek, kupandang-pandang (dengan suatu harapan yang ada kaitan dengan Malaysia Airlines), kupusing-pusing sampul surat tersebut, kulihat tumfuk-tumfuk taik unta ini



Maka dengan rakusnya saya merobek sampul surat tersebut. Dan seperti yang dijangka dan ditunggu-tunggu agak sekian lama juga-kusangkakan-Fid-mempermainkan-aku, inilah isinya



Mekasih, nyah (aku terus mencari apa yang senget dengan beg ini, tp masih belum terjumpa :p).

Mekasih jugak kerana berkongsi resepi Mee Goreng (tapi belum sempat ko tepek, aku macam dah bertekad mahu menapau Mee Goreng Mamak - mesti ko sumpah aku :p).

Mekasih sekali lagi.


- Posted using BlogPress from my iPhone. Do check out my Tweets! ;)