Saturday, April 10, 2010

Saya Mahukan Sesuatu Yang Tidak Begitu Aktif (Atau Efektif?)

Apa yang maksudkan ini, Labu...?

Saya mahukan produk kecantikan yang tidak begitu efektif dalam mengujakan kulit saya untuk menghasilkan kolagen.

Dalam bahasa ringkasnya, SAYA TIDAK MAHU ADA JERAWAT LAGI.

Apa saja yang ko rapikkan ni, Labu...?

Ginilah, balik rumah semalam saya nampak flyer L'Occitane di atas meja. Biasanya saya memang campak dalam recycle bin saja kalau nampak kertas yang ada perkataan L'Occitane ni, tapi semalam macam tertarik pulak dengan produk yang dipaparkan.

Produk yang dimaksudkan adalah seperti di bawah ini


Apa beza crème dengan cream? Anyways, organic katanya...

Saya tertarik kerana perkataan organic itulah (harap-harap betul-betullah organic..). Semoga kulit muka saya tidak "diujakan secara paksa" dengan produk ini (eh, tapi belum beli lagi). ;)

Pencuci muka juga saya rasakan perlu ditukar. Alang-alang sudah mahu mengambil/mencuba krim eh, crème di atas, saya ingat saya mahu cuba produk seperti berikut

Olive Cleansing Milk Eh tapi takde pulak cakap organik? Hmm...

Takpelah, tengok apa SA L'Occitane tu nak goreng apa nanti.

Don't forget to catch up with my Twitter updates!