Hoh, hari tu kisah letih, hari ni kata tak larat pulak (padahal memang nak tulis “Aku dah letih” sebagai tajuk, tapi macam tak ada variety pulak).
Kusangkakan Boss tiada hingga ke petang, rupanya belum tengahari dah telefon minta arrangekan meeting tergempar (biasalah, PA bertauliah ni jugaklah yang dia suruh sokmo…).
Baru je ingat nak habiskan masa terluang di pejabat tanpa gangguan dengan berteleku melihat invoices (Dalam Twitter saya ada sebut something like ‘RM mode is ON’ – mungkin saya patut SMS ON RM ke 32999 :P), tau-tau Boss sudah membuat panggilan hangit.
Ok takpe, siaran invoice tergendala buat sementara waktu. Petang pulak, Boss sibuk suruh (actually tak suruh, tapi dah email/SMS like every minute tu… janganlah cuba buat-buat tak paham) bagi live update mengenai RM juga kat dia masa dia tengah meeting. Dan petang tu juga sepatutnya saya hadir ke satu mesyuarat berkenaan dengan HR (HR la sangat…) – terpaksa tidak dapat hadir kerana payah nak mengangkut laptop (yang tiada wireless certificate – mana nak cari LAN cable lagi…), ditambah pula dengan charger yg dah putus wayarnya. Duhh.. (marah colleagues gua yang lain taww..)
Sudahnya, saya update Boss, Boss pun update saya secara LIVE jugak… (takde keja betul)
Sudahnya lagi, petang kena balik lambat kerana terdapat kerja yang perlu diselesaikan sebelum pagi esok.
Sesudah sudahnya lagi, saya tak sempat nak habiskan pun kerja tu – naik berpinar biji mata tengok komputer. Saya tinggalkan aja berselerak kat atas meja.
Disebabkan kerja itulah saya tidak dapat pergi ke site pagi ini. (Rasanya macam tak sempat nak table je paper nih)
p/s: Eh, saya asyik cerita pasal kerjaaaa je apahal??? Hahaha.. apa nak buat, sekarang tengah ON RAJIN KERJA :P