Monday, July 5, 2010

Gila Lagi

Gilagilagilagilagilagilagilagila...

Hahahaha... memang hari gilak agaknya hari ini.

Sekarang dah bulan 7 kan? Baru terasa menggelupur nak cari baju raya untuk anakku (maknya takde baju baru pun takpe, tapi ada hati nak tempah baju baru jugak ada lagi baju-baju yang belum ditatap umum walaupun... tak tau la muat lagi ke tidak). ;)

Al-kisah, mak kepada mak anak saya (mak saya la tu... saja nak bikin gila, baru sesuweii dengan tema gila hari ini :P) ada membelikan kain untuk dibuat baju kurung Sophia suatu ketika dahulu. Tapi tiba-tiba, 2 minggu lepas saya tengok kain tu dah jadi blouse orang tua pulak.

Mak saya cakap, saya yang tak mahu kain tu dulu. Eh Ma,.. bilo maso oghe ghoyak gitu??? (Ini dah translate siap-siap; sebenarnya saya ngomong Jowo dengan mak saya. Hahahahaha not funny)

Haaa... maka bermulalah, mata ini ligat mencari mangsa walaupun baru berhabis-habisan bermati-matian di Mothercare baru-baru ini.

Observation: Saya lihat baju Mothercare ni walaupun dilenjan bagai nak rak, tak herot-berot pun (jahitan terbuka ada lah..). Sayang pulak tengok baju-baju Sophia masa dia kecik-kecik dulu. -End of observation-

Jadi, korang semua dah siap baju raya anak-beranak sepupu-sepapat?