Monday, August 9, 2010

Selamat Malam Semua..

Entry kali ini adalah liputan secara langsung dari dapur Lola. ;)

Menu makan malam hari ini dicedok dari blog Mat Gebu iaitu Ikan Singgang (tapi sebenarnya saya dan keluarga saya memanggil masakan ini Asam Rebus).

Resepi yang dicedok:

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor ikan kembong, siang, cuci bersih dan toskan
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik
1/2 inci halia, dititik
2 biji cili hijau, belah 2 jgn putus
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 kiub ikan bilis "MAGGI"
2 keping asam gelugor
Garam dan sedikit gula
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
Masukkan semua bahan2 diatas kecuali ikan, garam dan gula. Tuang air secukupnya (kurang lebih 1 liter). Masak hingga mendidih.
Tambah ikan, asam gelugor, garam dan secubit gula. Kalau suka boleh masukkan serai yang dititik atau bunga kantan. Masak hingga ikan masak, gunakan api sederhana. Rasa dan jika ok, boleh matikan api..


Tu dia,... simple nak mamps - ketuk2, hiris2 dan guna kunyit serbuk je noks.. kalau masak dengan mak aku nak kena bertumbuk dengan lesung batu bagai...

Ini dia exhibit yang dimaksudkan



Siap letak watermark bagai... siaran langsunglah sangat... ;)