5, 6, 7, 8.
Sementelah pertandingan 88,888 tu dah habis, dan seperti yang telah diwar-warkan, saya sudah ada pertandingan baru.
Tengok nombor-nombor tu, boleh agak tak apa yang saya cari?
Ya, saya mencari snapshot yang menunjukkan bilangan komen sebanyak 5,678.
Kuiz/pertandingan kali ini agak mudah bagi saya. Ini kerana
- saya tidak mengamalkan ‘comment moderation’.
- tiada syarat yang dikenakan terhadap komen-komen yang patut ditulis/yang saya boleh terima. It’s up to you.
Jadi, anda boleh memasang strategi anda sendiri untuk mendapatkan angka 5,678 tersebut. Bukan seperti ini, di mana kita hanya boleh menunggu dan lihat sahaja.
Pertandingan masih terbuka kepada wanita-wanita di luar sana yang pernah berlaga pipi dengan saya yang biasa merempit di sini. Hahahahahahaha!
Seperti biasa, pengemail yang tepat dan terpantas bakal memenangi hadiah tidak seberapa daripada saya tapi kali ini, tiada kebebasan kepada pemenang untuk membuat pilihan warna hadiah. (Janganlah KS menang lagi, hehehe).
NO CHEATING! I mean, please do not edit your snapshot. I know I can trust you.
Good luck!