Anak saya ini sebelum kelahirannya saya teringin untuk menamakan beliau Haifa. Tetapi semakin hampir dengan tarikh kelahiran, suami mencadangkan Sofea. Sofea Safwan; kenapa tidak? Pendek, ringkas, senang hendak menyebutnya. Tetapi kenapa tidak ejaannya S.O.P.H.I.A? Kan glamour gitu?
Anak saya ini boleh lah kalau nak dikatakan bijak mengenali tempat (seperti Mamanya *wink*). Beliau boleh menyebut Kota Damansara sebagai Daman Kotasara.
Anak saya yang bernama Sofea ini sudah semakin tinggi. Beliau boleh mencapai apa saja barang-barang yang diletakkan di atas meja makan. Anda tahu, bukankah meja makan agak tinggi?
Anak saya ini juga N.A.K.A.L ya amat! Baru semalam, saya menangkapnya bermain dengan Clorox Bleach. Habis warna denim skirt dan pink T-shirt beliau. Saya sangat berang dan amat risau. Bayangkanlah warna denim pun boleh luntur sebegitu sekali, bagaimana pula dengan jari-jari beliau yang mencelup peluntur tersebut? Saya terus memandikan beliau dan membuatkannya sebotol susu.
Itulah anak saya Sofea (setakat ini).
Jadi, siapa bilang anak perempuan ini senang? Apa-apa pun, saya sayang anak saya itu.
p/s: Saya sebenarnya tertarik dengan nukilan Kak Nani tentang anaknya yang jelita yang kedua. Lalu saya pun teringin untuk menulis tentang anak saya walaupun tiada pencapaian yang boleh dibanggakan sehingga ke tahap antarabangsa.