Wednesday, February 4, 2009

Berjumpa Edry KRU

Kuang kuang kuang... Tidak, saya tidak bermimpi seperti Cik Yan, ia betul-betul kejadian. Baru saja berlaku sebentar tadi (kantoi blogging masa keja).

Yang bestnya, yang membuktikan yang saya ini peghak tak-tau-nak-cakap-tahap-apa semasa saya ternampak (oh ternampak je... bukan terjumpa ponnn...) beliau, saya cuba untuk membuat video call kepada kawan saya yang seorang itu - konon-konon mau kasi dia nampak la muka Edry KRU through the phone camera. Tak dapat call la pulak,... masuk voice mail.

Kalau dapat pun, mesti saya akan kelihatan awkward - muka nak control macho tapi peghak at the same time. Hahaha. Macam apa je lah, weiiii!