Wednesday, February 4, 2009

(Romantic) Movie Tag

Asal-usul tag ini ialah daripada Mast.

Please copy the following rules in your post (as usual)
1. You have to point out 5 romantic movies that you would love to share with your loved ones..
2. It doesn't have to be in order.. as long as you love the movies, it will be fine..
3. You have to tag another 5 person to answer this tag


Filem yang pertama yang saya mahu menonton dengan suami saya ialah Great Expectation. Saya fikir suami saya akan suka menonton filem ini. Tak tahu kenapa.

Filem kedua yang saya terfikirkan ialah Puteri Impian. Hihihi. Okaylah tu, komedi romantik versi Malaya. Saya adalah Puteri, suami saya adalah Ciko Harap-harap ;). (Kalau filem Mr Os itu adalah kategori komedi romantik, memang saya sudah memilih filem itu sebagai pilihan no. 2 saya. Gurau, ok? Gurau.) :P

Apabila sudah mula dengan filem-filem oriental ni, terus saya memerah otak saya mengenai filem-filem yang ingin saya tonton dengan suami saya. *Blinggg* Saya terfikir Ada Apa Dengan Cinta - filem yang ala-ala remaja tapi tidaklah segonjeng Gila-gila Remaja

Terlanjur masuk filem Indonesia nih, saya juga ingin berkongi menonton filem Ayat-ayat Cinta dengan suami saya. Err.. tapi saya tak boleh menggambarkan saya sebagai watak Aisha mahupun Maria. Mungkin saya boleh berangan untuk memegang watak Ibu kepada Maria itu. Dan,.. kalau saya Ibu Maria, takkan suami saya Fahri pula, kan? Itu sumbang mahram namanya. Biarlah suami saya dipaksa memegang watak Bapa Maria. Sesuweiiii dengan I gitu...

Oh, saya hampir terlupa dengan filem hangat ini: Sex And The City. Haruslah saya Carrie, dan suami saya Big. Hahaha. Huhuhu. Hihihi.

Oh, sudah 5 filem? Tapi saya ada lagi filem yang saya suka ni. Tapi yang saya mahu tulis ini bukan filem, ia adalah sebuah drama bersiri Beautiful Life. Suami adalah Takuya Kimura yang handsome itu, dan saya terpaksalah (berlakon) menjadi heroin drama tersebut, Tatawu Namanya. ;)

Dan filem yang terakhir sekali yang saya suka ialah Mr & Mrs Smith. Woo hoo hoo! Saya dah tentulah Mrs Smith. Tapi suami... errm... biarlah dia menjadi Tuan Director filem itu sahaja ;). Hahahah.. Tak sayang molot!


Harus saya mengetag 5 pengomen pertama entry ini.

p/s: Maaf, tiada gambar ;)