...Kenapa sesetengah orang kita sibuk suka benar mengomen tentang apa saja yang orang lain lakukan, atau tentang jalan yang orang lain pilih untuk hidupnya?
Saya mengaku yang saya ada juga mengomen/mengulas mengenai orang lain tetapi hanya sekiranya perlakuan orang tersebut benar-benar mencuit hati saya. Tidak pula saya mahu menghakimi apa saja yang orang itu lakukan. Hasil pemerhatian saya hanya sekadar untuk menghiburkan hati semata-mata (itupun tidaklah saya berkongsi diblog saya ini - cukuplah ia menjadi lawak dalaman untuk rakan-rakan tertentu).
***
...Kenapa kita harus menyamakan orang lain dengan kita atau sebaliknya? Adakah kita pasti apa yang kita lakukan itu adalah betul sebetul-betulnya?
Saya juga mengaku saya juga kadang-kadang terpengaruh kepada sesuatu yang dibawa oleh seseorang. Tapi, tidak lah sampai terikut-ikut dan fanatik terhadap sesuatu yang orang itu lakukan. Selagi ianya tidak memudaratkan mana-mana pihak, dan saya rasakan praktikal, apa salahnya.
Walaubagaimanapun, tidak pula saya terfikir sekiranya seseorang itu melakukan perkara yang tidak saya lakukan, beliau adalah salah. Dengan kata lain, saya tidak meletakkan diri saya sebagai kayu pengukur untuk menghakimi tindak-tanduk orang lain.
***
Kesimpulannya, saya tidak suka menghakimi orang lain dan saya juga kurang gemar orang-orang yang suka menghakimi orang lain. Pemerhatian itu bagus untuk peningkatan diri sendiri. Penghakiman (yang tidak bertauliah) pula bagi saya adalah satu hukuman terhadap seseorang (yang mungkin tidak membuat apa-apa kesalahan). Tapi kalau pencuri, perogol dan yang seangkatan dengannya tu memang patut kena hukum ngan hakim tak bertauliah. But come to think of it, kenapa kita tak consider faktor yang mendorong orang tersebut kearah kejahatan?
*shrug*