Tepat jam 5 pagi, alarm clock saya pun berbunyi. Saya tekan apa jua butang yang tercapai untuk tujuan snooze.
Kemudian, bunyi lagi, saya snooze lagi.
Perkara yang sama berulang sehingga alarm clock saya sendiri sudah tahu untuk berasa give up dan tidak mahu berbunyi lagi.
Sudahnya, saya tertidur sehingga alarm clock suami saya pula yang berbunyi. Jika saya masih tidur sehingga alarm clock si dia yang berbunyi, maka itu menunjukkan yang waktu pada masa itu ialah 6.30 pagi - SUDAH TERLEWAT untuk apa jua (baik sahur mahupun ke tempat kerja).
Sudahlah lambat, MRR2 puaka itu pula jam sepanjang-panjang perjalanan saya. GUA BENGANG!
Sudahlah jam, radio pada pagi ini pula asyik memutarkan lagu JASON MRAZ yang jahanam itu!!! Arrrghhhh... sangat tidak membantu, okay... Nasib baiklah Priscilla Patrick ada memberikan laporan trafik. Itulah hiburan saya pada pagi ini semasa berada dalam kereta pagi tadi.
MRR2 memang puaka. Siapa TIDAK setuju?