Tuesday, May 12, 2009

Sahur Dowh...

Apa yang membuatkan saya gigih untuk mengqada puasa?

Bukan jumlah hari yang perlu diqada yang masih banyak

Bukan kerana Ramadhan semakin hampir (puasa bulan 8 dowh...)

Tetapi kerana tiba-tiba saja selepas pulang dari Bandung, ada beberapa seluar yang saya tak muat.

Dan juga mahu mengikat perut kerana sudahlah berhabis jutaan Rupiah di Bandung, di Malaysia juga (baru semalam) saya habis ribuan RM.

:(

Tapi, nawaitu pertama haruslah "Kerana Allah...". Yang saya sebutkan di atas tadi tu hanyalah nawaitu sampingan duniawi.