...yang sebenarnya malam tadi saya tidak boleh tidur. Saya saspek saya telah terlebih dos caffeine. Mana taknya, entah berapa cawan Mocha Tadaa! yang saya minum semalam. Lepas tu, minum pula Light Coke (light aje...). Mungkin juga saya anxious kerana bilik (yang dahulunya tempat tidur CMM) belum siap dikemas.
Pukul 1 lebih (pagi) masih melayan fesbuk (pinjam perkataan CPM :P).
Pukul 2 pagi mata masih terkebil-kebil di atas katil dan badan seolah-olah terperosok ke tepi katil kerana anak perempuan mendominasi luas permukaan katil. Hmmph.
Sedar-sedar, pukul 6.30 pagi suami mengejutkan saya dari tidur lena. Entah pukul berapa saya tidur pun tak tahu (tidaklah saya melihat jam setiap minit - kalau begitu, sampai bila pun tak boleh tidur).