Maksud tajuk entry di sini ialah peristiwa "Adikku Kahwin" berlaku lagi, bukan adikku kahwin lagi. Hiks... (haru pulak kalau the latter tu).
Tema kali ini adalah hijau (sesudah 2 kali peristiwa sebelum ini bertemakan warna yang lebih kurang iaitu krim/emas dan coklat/emas).
Baju saya tidak lawa (hahahaha, saya memang tak tau diuntung - orang dah belikan tu, bersyukur je lah). Ngeeee.... ibu bapa sendiri belikan, bolehlah nak kutuk-kutuk begini. Saya memang begitu, kalau tak suka, memang saya cakap tak suka. Kah kah kah! *Istighfar* 3x
Sebenarnya memang mereka sedia maklum yang saya kureng berkenan dengan corak kain tersebut. Sebenarnya, saya nak pakai kain chiffon hijau yang saya beli dulu! Kau harus bersyukur, Lola; kerana ibu bapamu masih mengingatimu.
Tapi itu dulu, semasa saya mula-mula melihat kain yang dibelikan, sebelum menjadi baju. Pening juga saya nak memikirkan nak buat pesen apa. Kalau baju kurung biasa konpem macam *toot*.
Bila dah jadi baju, Alhamdulillah, bolehlah... masih ada orang yang sayang.
Dan hari ini, saya bercuti kerana masih kepenatan (yang sampai sekarang saya tak tahu penat sebab apa). Ngeee....