Tuesday, February 23, 2010

Makan Minum

Sejak saya mengenalpasti (secara tidak bertauliah) yang saya ini soy-intolerant, saya lebih berhati-hati ketika mahu makan dan minum. Bukan apa, untuk mengelakkan perut ini berkecamuk. Bila berkecamuk... saya tak mau ingat mengenai perkara yang bakal berlaku.

Contoh:
Kalau saya makan makanan yang diketahui umum boleh menyebabkan hangin satu badan berangin (tiada contoh yang dapat saya berikan), saya akan cuba mengelakkan daripada mengambil minuman teh.



Sekarang saya terasa seperti mahu makan Char Kuey Tiau. Mungkin minuman yang sesuai ialah Teh 'O' Ais Limau??? Tiada kena-mengena dengan angin kus kus, cuma saya bayangkan minyak-minyak pada makanan mungkin boleh digugurkan dari permukaan organ-organ sistem pencernaan saya sekiranya saya mengambil minuman berlimau. (Macam iklan Sunlight tu...)