Monday, March 29, 2010

Bila Anak Bertanyakan Soalan Yang Sama Berulang Kali

Saya sebenarnya mahu berkongsi pemerhatian/pengalaman/kesedaran saya.

Apa yang perasan, anak saya ini memang banyak bertanya. MEMANG. Kadang-kadang (bukan kadang-kadang, memang selalu) saya melenting. Kalau saya terdengar soalan yang sama (Read: SAMA) daripada Sophia, dalam masa tidak lebih dari 30 saat, saya pasti akan membalas, “Kan Sophia dah tanya tadi, berapa kali nak tanya...?”

Banyak kali saya TERbuat begitu. Tapi tidaklah dengan nada tinggi – cukuplah dengan nada lembut tapi sarkastik yang belum-tentu-anakanda-beta-faham. Heh...

Seorang rakan tempat kerja memberitahu yang apabila anaknya (yang sebaya dengan Sophia) banyak bertanya, dia pasti akan teringat akan iklan Petronas (ya kah?) yang “BURUNG APA?” itu.

Saya terfikir juga, kenapa saya tidak boleh sesabar Bapa dalam iklan tersebut. (Mungkin dia mampu bersabar sebegitu sebab dia sedang berlakon.... hehehe).

Pagi ini pula, tiba-tiba saya teringat akan arwah nenek suami saya yang suka bertanya soalan yang sama berulang-ulang kali (contoh soalan: “Dah masuk Asar, ke?”) dalam sela masa tidak sampai 10 minit lebih kurang.

Orang tua, memang begitu lah. Kadang-kadang, terasa irritated jugak. Kalau saya nak mengelak daripada keradangan (atau kemeradangan??), saya akan pergi ke tempat lain. Jahat, bukan? Apa nak buat, daripada menyakiti hari orang tua...

Hmm… Okaylah, cut to the chase. Mampukah anak saya bersabar pula dengan saya nanti?

Sendiri mau ingat....


Don't forget to catch up with my Twitter updates!