Friday, April 2, 2010

Nota Untuk Cikgu

Al-kisah, sehelai baju sekolah anakku tidak dipulangkan sejak Jumaat lepas.

Hari Isnin, tak berkesempatan nak tanya cikgu sekolah dia pasal baju sekolah yang hilang tu. (Sebab, bukan saya yang hantar dan ambil). Nak telefon, takut mengganggu tugas cikgu pula.

Maka hari Selasa, kebetulan pula saya nak ke site, saya hantar la Sophia. Sempatlah juga saya bagitau tau cikgu yang ada kat gate (tah cikgu apa, saya main tangkap muat je) pasal baju Sophia yang hilang tanpa pesan.

Cikgu pun angguk-angguk, geleng-geleng (tak tau lah yg mana satu "YA" - angguk ke, geleng). Ya, kitorang memang kedekut, beli baju sekolah anak 2 pasang je.

Hari Rabu, Sophia terpaksa ke sekolah dengan baju kotor dek kerana tertumpah ayaq Milo pagi sebelum pergi sekolah (anak mak sebut Mailo, okay... tah sapo ngaja).

Hatiku yang neutral-tiada-perasan tiba-tiba terasa panas lepas suami report yang Sophia pakai baju kotor pergi sekolah. Kesian anakku, compang-camping! Walaupun pada sebelah petangnya, saya ambil Sophia, tapi saya tidaklah mengungkit lagi pasal baju Sophia tu sebab baru bgtau semalam. Bagi lah masa sikit... (Dalam hati saya berkata, mungkin cikgu dah masukkan baju tu dalam beg sekolah Sophia. Tp sampai rumah, NAN ADO!)

Maka hari ini, hari Khamis, saya menulis sekeping nota untuk cikgu. Bukan apa, sebab tak tahu bila lagi saya dapat berkomunikasi dengan cikgu pasal misteri kehilangan baju Sophia itu. Esok, dah Jumaat, nanti lama-lama pendam isu, dah jadi basi pulak. Lagipun, takut cikgu terlupa. Maklumlah, berapa ramai anak murid nak kena jaga... (ala, bukan nota apa pun...)

Petang tadi, saya lihat ada 2 pasang baju extra dalam beg Sophia. Tapi, bukan baju dia. Hati saya terasa panas sekejap tadi, tapi bila tanya suami pasal baju tu, suami kata, "Tadi Madam **ng jumpa, cakap sorry itu ini. So dia bg pinjam dulu uniform tu. Dia kata mungkin tersilap masuk beg student lain. Dah la beg semua nak dekat sama".

Phewhh... sejuk hati mak. Esok mak nak jumpa lah Madam **ng ni, nak bagitau yang nota tu bukannya apa-apa, just nak ingatkan je, takut cikgu-dekat-gate yang saya bgtau hari Selasa lepas terlupa.

Risau pula nanti depa ingat mak ni seorang parent yang kiasu. Kang siapa yang susah? Anak mak jugak... Tak gitu?

Saya bukan ALONG, Saya cuma nak tolong (ingatkan), saya tak nak cari gaduh...


Don't forget to catch up with my Twitter updates!